Trio memanah wanita negara mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas dalam acara compound berpasukan dalam pusingan pertama Piala Asia di Bangkok, Thailand, hari ini.
Gandingan Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nur Aina Yasmine Halim dan Nurul Syazhera Mohd Asmi mencatat kemenangan tipis 230-226 mata untuk mengatasi trio India, Priya Gurjar, Muskan Kirar dan Sanchita Tiwari, dalam aksi final di Lapang Sasar Memanah Hua Mark, Bangkok, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Memanah Asia; www.asianarchery.com.
Pingat gangsa dimenangi trio Kazakhstan yang menewaskan Bangladesh 229-220 mata untuk aksi penentuan pingat gangsa.
Fatin, bagaimanapun, gagal meneruskan kecemerlangan setelah tewas 142-147 mata kepada Muskan Kirar dalam aksi final compound individu.
Pemanah Singapura, Contessa Loh Tze Chieh, yang tewas kepada Fatin dalam aksi separuh akhir semalam, meraih pingat gangsa setelah mengatasi wakil Iran, Halimianavval Seyedeh-Vida, kiraan 145-140 mata.
Fatin, yang bergandingan dengan Syahrizan Jafar dalam acara compound campuran, sekadar menduduki tempat keempat setelah tewas 149-151 kepada pasangan India, Muskan Kirar dan Siddhant Gupta, dalam penentuan gangsa.
Gandingan Iran, Seyedeh-Vida Halimianavval dan Mohammadsaleh Palizban, meraih pingat emas setelah mengetepikan cabaran pasangan Indonesia, Sri Ranti dan Prima Wisnu Wardhana, 156-154 mata dalam pertembungan final.
Dalam pada itu, trio compound lelaki negara yang dibarisi Syahrizan Jafar, Mohd Hakhiki Mohd Kamro dan M. Khambeswaran menamatkan saingan di tempat keempat setelah tewas tipis 230-231 kepada trio Kazakhstan, iaitu pasangan adik beradik, Rastam dan Akbarali Karabayev, serta Sergey Khristich dalam penentuan gangsa.
Emas dimenangi India yang menewaskan Iran 233-230 mata.
Untuk rekod, tiada wakil negara yang mara ke aksi penentuan pingat acara compound individu lelaki setelah terkandas dalam aksi suku akhir, semalam.
-- BERNAMA