Skip to main content

Sukan Asia

Triatlon: Sue Ling dedikasi perlumbaan ini untuk bapa

sueling.jpg
Tanggal 31 Ogos bukan sahaja mengingatkan atlet triatlon negara, Teoh Sue Ling, kepada tarikh kemerdekaan negara, namun turut mengimbau emosi pemergian mendiang ayahnya yang sudah genap 10 tahun.

Meskipun bukan kedudukan podium, dia tetap bangga mendapat menghabiskan perlumbaan triatlon di kedudukan ke-16 daripada 22 orang peserta dalam penampilan pertamanya dalam Sukan Asia.

Ia merupakan pencapaian yang terbaik buat dirinya dan dia ingin mendedikasikan perlumbaan ini kepada mendiang ayahnya, Teoh Keng Song yang sudah meninggal dunia pada 2008 kerana serangan jantung.

Baginya, hanya ingatan terhadap mendiang menjadi penguat Sue Ling meneruskan perlumbaan yang mencabar ini, membabitkan renang sejauh 1.5km, berbasikal 40km, dan berlari 10km.

"Kami telah berusaha dalam sesi latihan dan mahu menampilkan persembahan terbaik," kata Sue Ling.

"Saya mendedikasikan perlumbaan ini untuk bapa saya yang telah meninggal dunia pada 2008."

Untuk Irene, dia mengakui perlumbaan di Palembang adalah yang paling sukar sejak berkecimpung dalam sukan ini pada 2009, suhu yang mencecah sekitar 32 darjah celcius ternyata sukar untuk mana-mana atlet untuk meneruskan perlumbaan, terutamanya disiplin berlari 10 km.

Buktinya empat orang peserta tidak dapat bertahan dengan keadaan cuaca sebegini dan gagal menghabiskan saingan, antaranya Jeong Hye Rin dari Korea Selatan dan Yuka Sato dari Jepun.

"Cuaca di Palembang agak panas. Perlumbaan ini menguji daya ketahanan mental dan fizikal selepas atlet yang bertanding," kata Irene.

Advertisement

Must Watch Video