Aksi dua atlet triatlon negara, Irene Chong dan Teoh Sue Ling, dalam saingan individu wanita memadai untuk menjulang nama Malaysia sempena Hari Kemerdekaan dengan menghabiskan saingan hari ini dalam kelompok 16 terbaik Sukan Asia Jakarta-Palembang.
Cuaca panas terik menyelubungi sepanjang laluan yang perlu diharungi oleh kesemua 22 orang atlet yang bertanding.
Kesemua peserta memulakan saingan tepat pukul 7.30 pagi waktu tempatan dengan berenang sejauh 1.5 km di Tasik Pusat Sukan Jakabaring dengan Irene dan Sue Ling menempatkan diri dalam kelompok pertengahan peserta.
Seterusnya, mereka perlu berkayuh pula sejauh 40km dengan mengelingi kawasan Pusat Jakabaring. mereka cuba untuk mengejar kelompok hadapan yang ditunjangi peserta Jepun dan Korea Selatan namun jarak antara mereka adalah terlalu jauh.
Halangan berikutnya yang perlu diselesaikan adalah acara larian sejauh 10km. Ketika ini, cabaran mereka bukanlah mengenai jarak saingan yang panjang, sebaliknya ketahanan badan dan kawalan mental untuk mengharungi cuaca panas di Kota Palembang yang mencecah sekitar 32 darjah celsius.
Akhirnya, mereka menamatkan saingan dengan Irene di tempat ke-12 dengan catatan 2 jam 20.59 saat manakala Sue Ling melakar 2'29.27s.
Emas milik wakil Jepun, Yuko Takahashi, dengan merakamkan masa 1'59.29s sementara wakil China dan Macau, Zhong Meng Ying dan Hoi Ling masing-masing meraih perak dan gangsa.
"Cuaca hari ini panas dan lembab. Ia menuntut kekuatan mental dan kami terpaksa berjuang dengan diri sendiri.
"Saya mahu menyambut Hari Kemerdekaan dengan menamatkan perlumbaan ini," kata Irene.
Sue Ling turut senada dengan memberitahu: "Matlamat saya adalah untuk menamatkan perlumbaan ini demi Malaysia dan diri sendiri.
"Ini hari yang istimewa."