Atlet triatlon negara bertekad memberikan aksi terbaik mereka untuk meningkatkan pencapaian masing-masing dan mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia pada Hari Kebangsaan esok dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
Atlet triatlon, Irene Chong See Win dan Teoh Sue Ling, adalah antara atlet Malaysia yang beraksi dalam cabaran Sukan Asia buat julung kalinya, dengan hanya satu di tujuan minda mereka -- mengharumkan nama negara.
Seorang atlet triatlon memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk menamatkan perlumbaan, iaitu berenang sejauh 1.5km, mengayuh basikal sejauh 40km dan berlari sejauh 10km ke garisan penamat.
Irene yang berusia 29 tahun menyasarkan untuk mengakhiri perlumbaan dalam kelompok 15 teratas dalam perlumbaan di luar negara pertamanya sejak memenangi pingat gangsa Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Ogos tahun lalu.
“Saya rasa agak istimewa untuk beraksi pada Hari Kebangsaan dan saya amat bangga untuk membawa cabaran negara, terutama pada Hari Kebangsaan sementara orang lain menikmati cuti mereka.
"Untuk tahun lalu, saya tidak menyertai mana-mana acara antarabangsa dan hanya berlumba di Triatlon Antarabangsa Port Dickson, Julai lalu.
"Ia kerana saya menyambung kembali pengajian saya dan kekurangan sokongan kewangan tetapi saya tidak pernah berhenti berlatih.
"Sedia atau tidak, esok adalah hari perlumbaan, jadi saya mesti berhabis-berhabisan dan memberikan yang terbaik,” kata penuntut jurusan Sains Sukan di Universiti Malaya itu.
Sementara itu, Sue Ling, 39, atlet gantian di saat-saat akhir berharap untuk memperbaiki rekod peribadinya, 2 jam dan 30 minit selepas menjalani persiapan intensif.
“Ia amat istimewa kerana esok Hari Kebangsaan dan kami bertanding untuk negara. Ini adalah kali pertama saya berlumba pada Hari Kebangsaan dan perasaannya adalah berbeza,” kata Sue Ling yang menggantikan Serena Yang yang cedera.
Jurulatih kebangsaan dan pengurus pasukan, Peter Lau, berkata tiada tekanan diletakkan ke atas atlet triatlon untuk mereka mendapatkan pingat atau mencabar atlet lain yang lebih hebat tetapi sasaran pasukan ialah untuk meningkatkan rekod masa peribadi masing-masing dan membuka ruang kepada pembangunan sukan ini di Malaysia.
“Kami tidak mampu mencabar negara seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Hong Kong kerana secara teknikal mereka terkehadapan daripada kami, kami baharu di peringkat permulaan.
"Walaupun, kami sudah menyertai perlumbaan bertahun-tahun, hanya baharu ini kami membina pasukan kebangsaan untuk betul-betul bertanding di peringkat Asia Tenggara dan Asia.
"Kami berharap mereka akan berjaya dan keputusan mereka akan menggalakkan atlet muda untuk menceburi sukan ini. Ini adalah sukan bertaraf Olimpik, kami perlu membangunkannya,” katanya.
Acara individu wanita akan bermula di Tasik, Bandar Sukan Jakabaring esok, disusuli dengan acara lelaki individu pada Sabtu dan berpasukan campuran berganti-ganti pada Ahad di venue yang sama.
-- BERNAMA