Meskipun baru berusia 15 tahun, Sophia Zara Mustaffa Kamal, tidak gentar bersaing dalam kategori Sporting di Kejuaraan Toyota Gazoo Racing, Vios Challenge di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Malah, ini merupakan perlumbaan keduanya selepas kali pertama pada April lalu yang membawa kutipan tiga mata secara keseluruhan.
Permulaan yang baik daripada Sophia di Sepang dua bulan lalu namun kali ini dia mahu mengakhiri perlumbaan dengan catatan yang lebih baik selepas meneliti setiap kelemahan di penampilan kali pertama sebelum ini.
"Saya hadir untuk belajar memandangkan lebih ramai pelumba yang berpengalaman. Seperti pelumba lain saya berharap untuk menamatkan saingan dalam kelompok lapan terbaik," katanya.
Ketika Sophia dalam perlumbaan, ada individu yang mungkin tidak senang duduk
Walaupun ia merupakan pemangkin utama Sophia terjun ke dunia lumba kereta, naluri seorang bapa tidak pernah berasa mudah untuk anak anaknya.
Itulah yang dirasai bapa Sophia, Shafiq Shamsuddin, yang juga pemandu bagi G-Mart Best Autosport bagi kategori Sporting.
"Dalam perlumbaan terakhir dia, Ketika dia memandu berseorangan anda akan rasa gementar itu. Kerana kereta ada risiko dia seperti kebakaran atau kemalangan.
"Walaupun kereta selamat semestinya kita ada kerisauan itu." tambahnya.