Skip to main content

Permotoran

Toyota Gazoo Racing: Semua kereta sangat hebat -- Mitchell Cheah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cheah.jpg
Pemenang podium utama perlumbaan kedua Toyota Gazoo Racing, Mitchell Cheah, dari Prima Pearl SP Selatan kategori Super Sporting mengisi kedudukan kedua di belakang wakil Telagamas Toyota, Freddie Ang, dalam sesi ujian masa yang berlangsung hari ini.

Freddie Ang muncul terpantas menerusi catatan 2 minit (m) 53.106 saat (s), manakala Mitchell menamatkan saingan  dengan 2m 53.203s.

Mitchell menegaskan dia tidak terkesan dengan sesi ujian masa tersebut kerana tidak semua pelumba memilih untuk menghabiskan 21 pusingan yang ditawarkan dalam sesi latihan itu.

"Latihan berjalan lancar dan latihan rasmi juga mengakhiri perlumbaan di tempat kedua. 

"Catatan masa juga baik. Ia akan menjadi saingan yang sangat kompetitif. 

"Ke semua kereta daripada kategori ini sangat bagus. Ada ketika kita berada di hadapan dan ada masanya kita di belakang," katanya di Nadi Arena.

Mitchell sedikit terganggu dengan keadaan cuaca, namun ia bonus sekiranya  cuaca hujan pada Esok.

"Ia akan menjadi sangat mencabar dalam cuaca panas, termasuk melingkupi aspek kenderaan," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video