Toyota Gazoo Racing mengambil peluang terhidang dengan menggunakan perlumbaan mereka sebagai platform untuk membuktikan Vios berkeupayaan, lasak dan menepati prestasi perlumbaan selain pencarian bakat pelumba baru .
Menjelang perlumbaan hujung minggu ini, Pengarah Teknikal pasukan TGR Vios Gold Championship, Admi Shahrul, berkongsikan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi setiap pelumba.
Aspek keselamatan adalah perkara utama dengan penekanan untuk melalui proses pemeriksaan ketat yang perlu dilalui oleh semua pemandu, dan juga jentera masing masing.
"Kereta ini memang seperti kereta yang baru keluar daripada bilik pameran, kamu mahu pamerkan kereta yang Toyota keluarkan berkeupayaan untuk berlumba. Dalam 10 tahun ini hanya Toyota sahaja," katanya.
Ketetapan berat badan melibatkan jentera dan juga pelumba dengan jumlah minimal 1040kg (kilogram) adalah perkara asas yang perlu dipastikan setiap peserta.
Dalam masa yang sama, pelumba yang berjaya menghuni kedudukan empat terbaik akan menerima 'success ballast' atau penambahan berat bagi mengelak dominasi satu pelumba sahaja.
"Kita ada tetapan daripada berat badan, jadi dia ada berat minimum jadi kereta itu tidak boleh kurang daripada berat minimum.
"Jika ada kereta itu tidak sah dan dikecualikan selepas tamat perlumbaan kerana tidak menepati perkara itu, kami memerika enjin untuk pastikan semuanya baik.
"Kereta semua sama jadi tiada pelumba yang lebih daripada epi taktikal tetapi apa yang kami ingin lihat adalah pada teknik pemanduan." katanya.