Skip to main content

Sukan Lain

Tiga pemain profesional Argentina rogol wartawan sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

argentina-players.jpg
Tiga pemain bola sepak profesional Argentina yang dituduh dalam dakwaan merogol seorang wartawan sukan di sebuah bilik hotel bulan ini telah diletakkan di bawah tahanan rumah semalam.

Hakim memerintahkan 90 hari tahanan rumah untuk tiga pemain kelab divisyen perdana Velez Sarsfield disiasat dalam kes itu. Pemain keempat dibebaskan dengan ikat jamin.

Keempat-empat mereka telah digantung daripada pasukan mereka, yang menduduki tempat ketiga dalam liga Argentina serta turut menampilkan bekas pemain kendalian Diego Simeone.

Kes itu timbul selepas seorang wartawan sukan berusia 24 tahun mendakwa dia dirogol selepas dijemput oleh pemain antarabangsa Uruguay, Sebastian Sosa ke bilik hotel di Tucuman, Argentina, pada 3 Mac, di mana dia berkata tiga lagi defendan turut menunggu.

Dia berkata dia berasa pening selepas mengambil minuman, berbaring di atas katil, dan kemudian dirogol.

Pendakwaraya, Eugenia Posse, sedang berusaha untuk membawa tuduhan rogol terhadap pemain, Braian Cufre dan Jose Florentin, manakala Abiel Osorio dituduh melakukan penderaan seksual. Ketiga-tiga mereka berdepan hukuman tahanan rumah.

Sosa, yang dibenarkan ikat jamin ASD57,000 dan dilarang meninggalkan negara selama 90 hari, didakwa sebagai peserta kedua.

Pihak pendakwaan meminta kesemua empat lelaki itu ditempatkan dalam tahanan pra-perbicaraan bagi mengelak campur tangan dalam siasatan.

Pemain-pemain itu, yang kesemuanya memberi keterangan dalam perbicaraan, menghadapi risiko hukuman penjara antara empat hingga 20 tahun.

Kelab bola sepak Velez Sarsfield, yang berpangkalan di Buenos Aires, berkata pada hari Isnin ia telah menggantung empat pemain itu dan mengarahkan siasatan dalaman.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video