Skip to main content

Bola Sepak

Perkongsian Rodrigo Holgado undang perhatian

Holgado
Advertisement

Nampaknya,  Rodrigo Holgado merindui Harimau Malaya.

Rodrigo Holgado menyarung jersi latihan skuad kebangsaan ketika melakukan senaman di gimnasium semalam.

Advertisement

Perkara itu dikongsikan sendiri olehnya di Instagram Story, mendapat perhatian peminat tempatan kerana masih menggunakan set rasmi pasukan negara.

Ada yang merindui kelibat pemain kelahiran Argentina itu meskipun sekadar singkat beraksi untuk Malaysia.

Advertisement

Dia sebelum ini didakwa bakal memperkuat sebuah kelab Liga Super, namun belum ada pengesahan rasmi setakat ini memandangkan jendela pertama perpindahan telah ditutup pada 3 September lalu.

Adakah Holgado akan diumumkan secara rasmi pada jendela kedua kelak?

Dia bersama enam lagi pemain terpalit dengan kes pemalsuan dokumen mewakili Harimau Malaya sebelum ini meneruskan penggantungan tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan rasmi dan tidak melibatkan semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Ia, selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan dan mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan meskipun dibenarkan beraksi seketika pada awal tahun sebelum meneruskan hukuman tersebut.

Jangkaan kesemua pemain terbabit termasuk Imanol Machuca dan bintang LaLiga, Facundo Garces, kembali beraksi pada November ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video