Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Isu dua negara, CAS janji umum keputusan secepat mungkin

SOCCER-NATIONS-SENEGAL:Soccer-CAS promises Cup of Nations winner decision within days
Advertisement

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam satu kenyataan akan mengumumkan keputusan segera berkenaan rayuan Senegal selepas pasukan itu dilucutkan gelaran juara dari Piala Negara-negara Afrika (AFCON) pada Januari lalu.

Pihak mahkamah telah mendengar hujah-hujah pada semalam dan akan mengeluarkan keputusan dalam tempoh beberapa hari.

Advertisement

Senegal mencabar keputusan Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) yang mengisytiharkan Maghribi sebagai juara 3-0, walaupun Senegal menewaskan pasukan tuan rumah 1-0 selepas masa tambahan dalam perlawanan akhir di Rabat itu.

Senegal bertindak keluar dari padang selama 14 minit selepas sepakan penalti diberikan menentang mereka pada lewat masa permainan sebenar; beberapa pemain kembali ke bilik persalinan sebagai tanda protes sebelum mereka menyambung semula permainan.

Advertisement

Maghribi gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut, menyebabkan perlawanan berlanjutan ke masa tambahan, di mana Senegal menjaringkan gol kemenangan untuk mengesahkan kejayaan mereka.

Bagaimanapun, mereka dilucutkan kejuaraan itu dua bulan kemudian selepas Lembaga Rayuan CAF memutuskan bahawa Senegal dianggap menyerah kalah dalam perlawanan tersebut akibat tindakan keluar dari padang; keputusan asal dibatalkan dan kemenangan 3-0 diberikan kepada Maghribi.

Senegal segera mengemukakan rayuan kepada CAS pada 25 Mac.

"Saya sedar peminat telah lama menunggu, beberapa bulan selepas perlawanan akhir antara Senegal dan Maghribi," kata Ketua Pengarah CAS, Matthieu Reeb.

"Jadual masa dan kalendar prosedur telah ditetapkan dengan persetujuan pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini. Jadi, semua pihak sedia maklum mengenai garis masa tersebut, dan objektif kami sebagai CAS adalah untuk memberikan keputusan yang disertakan dengan alasan penghakiman secepat mungkin selepas sesi pendengaran hari ini," katanya kepada pemberita.

"Saya menjangkakan keputusan itu tidak akan keluar hari ini atau esok, tetapi beberapa hari kemudian.

"Fakta-fakta kes telah ditetapkan dan jelas; perbincangan seterusnya akan tertumpu kepada beberapa isu prosedur dan aspek perundangan," tambahnya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video