Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) akhirnya melengkapkan siasatan terhadap isu teknikal berhubung pepijat perisian yang mengganggu kemeriahan perlumbaan Formula 1 (F1) dalam Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu lalu.
Ini kenyataan penuh FIA:
FIA concludes investigation into Bahrain Grand Prix in Malaysia Formation Lap "software bug". #FIA #F1 #BahrainGP https://t.co/JhbZLP4zmV
— FIA (@fia) October 8, 2026
Mereka akan menggunakan kaedah perisian unit kuasa yang sama seperti di Malaysia -- sekiranya keadaan litar menjadi basah pada perlumbaan GP Singapura hujung minggu ini.
"Hasilnya, konfigurasi yang ditetapkan untuk perlumbaan di Sepang akan digunakan semula di Singapura sekiranya keadaan cuaca yang serupa berlaku.
"Selain itu, kemas kini lanjut bagi pepijat perisian dalam keadaan cuaca basah akan dikeluarkan untuk GP Amerika Syarikat (AS) pada 25 Oktober," tambahnya.
Dalam masa sama, FIA telah mengisytiharkan keadaan bahaya akibat haba di litar Marina Bay hujung minggu ini, yang bermaksud suhu melebihi 31 darjah Celsius diramalkan.
Keadaan itu mewajibkan pasukan memasang sistem penyejukan pemandu, seperti vest penyejuk cecair, walaupun mereka tidak diwajibkan untuk menggunakannya dan boleh memilih untuk menerima penalti berat tambahan (ballast) sebagai gantinya.