Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Tiga negara sunting sentuhan Nafiizwan

nafiizwan.jpg
Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Nafiizwan Adnan, sedang mempertimbangkan tawaran daripada tiga negara untuk menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih tatkala dia bercadang untuk bersara pada bila-bila masa.

Selain Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Nafiizwan juga menerima tawaran lumayan daripada Amerika Syarikat (AS) dan India.

Ketika aspek kewangan menjadi faktor penting, dia menegaskan kemahuan untuk menyumbang kembali kepada skuasy Malaysia sebagai aspirasi peribadi.

Buat masa ini, Nafiizwan belum mendedahkan tarikh persaraannya, sebaliknya memberi bayangan mahu ditabalkan sebagai juara dalam Kejohanan Individu Asia, Mei depan sebelum menggantung raket.

"Rundingan masih berjalan dan ia langkah seterusnya sebaik saya bersara.

"Ia sesuatu yang bagus untuk saya dapat membuat persediaan lebih awal tentang persaraan. 

"Ia suatu perkembangan menarik apabila mengetahui SRAM dan Majlis Sukan Negara (MSN) berminat untuk mendapatkan peranan atlet," ujar pemain kelahiran Terengganu itu. 

Dalam laluan menghadapi Kejohanan Individu Asia di Kuala Lumpur, Nafiizwan bakal menempuh dua lagi aksi pemanas badan.

Setakat ini, dia sudah menyertai dua kejohanan di Pittsburgh dan Chicago di Amerika Syarikat (AS) serta di Toronto, Kanada, dengan pulangan keputusan kurang memuaskan.

"Secara keseluruhan, pencapaian saya kurang memberangsangkan. 

"Saya mengambil masa selama dua bulan untuk meningkatkan stamina dan disebabkan itu, saya menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dalam pertandingan. 

"Ia menyebabkan saya hilang rentak permainan kompetitif," katanya yang memenangi pingat emas dan gangsa dalam Sukan Asia 2018. 

 

Advertisement

Must Watch Video