Skuad tenis lelaki bakal mengorbankan sambutan Hari Raya Aidilfitri demi persiapan Sukan SEA dari 19-30 Ogos ini, dengan mereka akan menyertai Kejohanan Sirkit Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) di Sri Lanka.
'
Skuad negara berlepas ke Colombo hari ini dengan saingan bertaraf 'futures' ini akan membuka tirai pada 19 Jun dan berakhir pada 25 Jun, tarikh bermulanya sambutan Aidilfitri.
Malaysia mempertaruhkan tiga wakil, Assri Merzuki, Ahmad Deedat Abdul Razak dan pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Koay Hao Sheng, yang juga calon bagi memperkuatkan skuad Sukan SEA.
"Agak terkilan kerana tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Saya akan berada di Sri Lanka pada hari tersebut bagi membuat persiapan ke Sukan SEA," kata Assri.
Aksi di Sri Lanka ini juga bukan sahaja sebahagian persiapan Sukan SEA, malah bagi kempen Piala Davis dengan misi untuk layak ke divisyen dua.
Ini menjadi keperluan kerana permukaan bagi saingan Piala Davis adalah di atas gelanggang tanah liat, kemudahan yang tidak ada di tanah air.
"Ia merupakan perancangan awal kami untuk ke sana. Ia juga akan menjadi persediaan kami menghadapi saingan Piala Davis," kata jurulatih skuad tenis negara, Muliyadi Jamal.
Tenis masih mengalami kemarau emas dalam Sukan SEA, dengan pencapaian terbaik ialah satu pingat gangsa di Korat 2007, Vientiane 2009 dan dua gangsa di Singapura 2015.