Terengganu Hockey Team (THT) menepati ramalan untuk mara ke final Piala TNB selepas meraih kemenangan besar 8-4 dalam aksi separuh akhir kedua mengatasi Maybank di Stadium Hoki KLHA, malam ini.
Kemenangan itu memastikan THT mara dengan agregat besar 14-5.
Pakar pukulan sudut penalti THT dari Korea Selatan, Nam Hyun-woo membuktikan kehebatannya apabila melakar jaringan hatrik.
Maybank tidak mahu mengalah begitu sahaja. Pada suku keempat permainan, mereka menggunakan sisa perjuangan yang ada untuk menjaringkan dua gol meskipun jelas ia sudah terlambat untuk menyekat kemaraan THT.
Dalam satu lagi aksi sengit separuh akhir kedua menyaksikan Sapura berjaya menyingkirkan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dengan kemenangan dramatik penentuan penalti 4-2.
KLHC mencipta kebangkitan 3-1 ke atas Sapura, untuk mengikat agregat 4-4, sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
Bagaimanapun, Sapura berjaya ke final selepas mengatasi KLHC 4-2 dalam penentuan penalti itu.