Ketua jurulatih Terengganu Hockey Team (THT), Dhaarma Raj Abdullah, mengakui berdepan cabaran sukar untuk mempertahankan Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.
Ini memandangkan lawannya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), bukan pasukan yang calang-calang kerana ada ramai pemain kebangsaan dan dua pemain import dari Australia yang pernah membantu negaranya menjadi juara dunia.
"Selain itu, mereka juga mempunyai penjaga gol terbaik dunia dari Ireland, David Harte," katanya.
Untuk musim 2020, THT mempertaruhkan 22 pemain, termasuk empat pemain import, iaitu masing-masing dua dari Korea Selatan dan Pakistan.
TLHT pula tampil dengan 20 pemain, termasuk tiga pemain import dari Argentina dan Kazakhstan bagi memperkuatkan pasukan.
Mengulas lanjut, Dhaarma berkata THT juga membawa cabaran getir untuk merebut kejuaraan liga musim ini memandangkan pasukan lain seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Hockademy KL juga sudah memperkuatkan skuad masing-masing.
Malah, beliau yang juga bekas jurulatih skuad hoki wanita kebangsaan turut menolak anggapan bahawa THT adalah pasukan pilihan utama bagi menjuarai kejohanan liga musim ini.
"Bagaimanapun, ini adalah satu cabaran yang bagus buat saya, pemain dan pegawai-pegawai THT untuk membuktikan keupayaan memenangi gelaran liga dan dua lagi piala musim ini.
"Jadi, penting bagi kami menang perlawanan Piala Sumbangsih untuk mendapatkan mata sebagai landasan untuk muncul juara kali ini," katanya yang turut dibantu penolong jurulatih, Seo Jongho.
THT menutup tirai Liga Hoki Malaysia (MHL) 2019 dengan cemerlang apabila memenangi Piala Sumbangsih dan Piala TNB manakala gelaran juara liga pula disandang oleh UniKL.
-- BERNAMA