"Segala-galanya terletak di tangan Datuk Azizulhasni Awang."
Demikian kesimpulan yang dibuat Presiden Persatuan Olimpian Malaysia, Noraseela Khalid, setelah jaguh berbasikal trek negara itu menyatakan hasrat untuk bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024.
Namun, berdasarkan persembahan yang dipamerkan, Noraseela yakin Azizulhasni mampu terus menabur bakti demi negara tercinta dalam pengurusan mahupun sebagai seorang atlet.
"Sudah pasti Azizul akan buat keputusan terbaik untuk beliau.
"Keputusan itu hak peribadi beliau untuk meneruskan karier atau tidak.
"Saya pasti ia dibincangkan teliti dengan orang yang bekerja dengan beliau seperti jurulatih dan keluarga nya.
"Saya harap dia akan terus berjaya dalam karier dan mungkin terus profesional kerana saya pasti dia boleh.
"Semuanya terpulang kepada atlet itu jika masih boleh meningkatkan prestasi," katanya kepada Nadi Weekend sebentar tadi.