Pakistan mengumumkan penarikan diri mengejut daripada Piala Asia Sepak Takraw Astaf 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 10 hingga 18 Mei 2025 atas alasan keselamatan ekoran khuatir dengan ancaman serangan tentera India sejak awal minggu ini.
Keputusan drastik tetapi terpaksa dilakukan dengan berat hati itu diumumkan Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Pakistan, Noushad Ahmed Khan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Bersama Piala Asia Astaf, Datuk Abdul Halim Kader dan Datuk Mohd. Sumali Reduan pada 8 Mei 2025.
“Noushad memaklumkan saya dan Sumali yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bahawa penarikan itu juga disebabkan lapangan terbang antarabangsa negaranya di Islamabad terpaksa ditutup ekoran khuatir dengan ancaman serangan oleh tentera India.
“Enam pemain Pakistan dan jurulatih serta pengurus pasukan mereka pada mulanya dijadualkan berlepas dari lapangan terbang itu malam ini (8 Mei 2025) ke Kuala Lumpur,” kata Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).
Pemain-pemainnya ialah Sarfaraz Rehman, Muhammad Khalid, Muhammad Shahroze Alvi, Muhammad Shahid, Aman Kumar Oad dan Aqeel Ahmed manakala pengurus, Akhtar Ali dan jurulatih, Dileep Kumar Oad.
Jawatankuasa Pengelola kejohanan katanya, menerima penarikan diri Pakistan secara force majeure (terpaksa diambil) biarpun mereka telah pun diundi pada majlis undian Piala Asia Astaf di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, 21 April 2025.
“Kami berasa sedih dengan keputusan tersebut memandangkan Pakistan sudah memberikan komitmen dengan berbelanja agak besar untuk mengutus pasukannya ke Piala Asia Astaf termasuk kos penerbangan.
“Pakistan juga cuba menjadikan Piala Asia Astaf di Kuala Lumpur sebagai medan pendedahan pertandingan antarabangsa pertamanya bagi 2025 setelah tidak dapat beraksi pada Piala Dunia Istaf di Bihar, India (20-25 Mac 2025),” kata Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) ini.
India pula telah pun tiba di Kuala Lumpur dan akan beraksi dalam Kumpulan A beregu dengan Indonesia dan Brunei, Kumpulan A regu dengan Taiwan dan Brunei dan Kumpulan A berpasukan dengan Thailand, China dan Singapura.
Walau bagaimanapun sebagai mematuhi peraturan kejohanan tegas beliau, mana-mana pasukan yang menarik diri selepas undian dijalankan, perlu dikenakan keputusan kalah secara percuma atau walkover dan lawan Pakistan akan dikira menang 2-0 (15-0, 15-0) dalam kedudukan mata acara kuadran dan regu.
Pakistan telah diundi dalam Kumpulan A acara kuadran Piala Asia Astaf dengan Vietnam, Singapura dan Korea Selatan manakala bagi regu, dengan Vietnam, China dan Jepun dalam Kumpulan C.
“Namun Noushad yang juga Naib Presiden Astaf masih dapat datang ke Piala Asia ini sebagai anggota juri rayuan bersama-sama seorang pengadil wanita, Tahira Yasmeen kerana mereka secara kebetulan berlepas dari China selepas menghadiri sebuah kursus sukan,” kata Halim.
Pada April 2025 lalu juga, Myanmar mengumumkan penarikan diri daripada Piala Asia Astaf kerana negaranya baru dilanda gempa bumi yang diambil hanya selepas pengesahan penyertaan tetapi berlaku sebelum majlis undian.
Myanmar yang muncul naib juara beregu dan kuadran Piala Dunia di Bihar, turut sempat mengejutkan kuasa utama Thailand pada peringkat kumpulan malah dianggap mampu menyulitkan laluan jika bertembung Malaysia (juara beregu Piala Dunia 2024 di Kuala Lumpur).