Skip to main content

Badminton

Sukan Para Asia: Cheah Liek Hou jelaskan situasi acara beregu

j

Pembentukan 'scratch pair' turut bakal melibatkan pemenang dua pingat emas Sukan Paralimpik badminton negara, Cheah Liek Hou.

Jaguh perseorangan para itu dikhabarkan berkemungkinan terpaksa bergandingan dengan pasangan baru menjelang pentas pemanas badan terakhir dalam Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Babolat di Perancis, sebelum ke Sukan Para Asia Aichi-Nagoya pada September depan.

Ia berikutan gandingan sedia ada, Faris Azri, masih belum mencapai tahap kelayakan untuk bertanding di pentas Asia dan kemungkinan besar dia terpaksa bergandingan dengan Amyrul Yazid Ahmad Sibi.

"Saya perlu tengok prestasinya di Perancis. Mudah-mudahan dia dapat pencapaian yang bagus selepas kami menjuarai Kejohanan Dunia pada Januari lalu.

"Jadi saya harap kami kembali bergandingan dalam Sukan Para Asia.

"Tapi kena tengok keadaannya jugalah.

"Amyrul Yazid merupakan pelan B tapi saya perlu berbincang dengan MSN (Majlis Sukan Negara), mungkin juga saya akan beraksi untuk acara perseorangan sahaja," katanya hari ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video