Skip to main content

Badminton

Badminton: 'Jika saya pandang dia, ibarat kami masih...'

Tee

Hati tampak masih bersama Man Wei Chong, namun pemain badminton beregu lelaki negara, Tee Kai Wun, menegaskan dia tiada halangan untuk diuji bersama gandingan baharu demi merealisasikan misi memburu pingat emas Sukan Olimpik menjelang 2028 di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS).

Kai Wun terbuka dengan pendekatan ‘scratch pair’ yang dilakukan barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila digandingkan bersama Aaron Chia.

"Jika saya pandang Wei Chong, ibarat kami masih ada 'hati' bersama.

"Jika barisan kejurulatihan ingin kami mencuba yang lagi bagus bersama gandingan baharu untuk Malaysia, semua orang dan diri sendiri -- kami mesti buat.

"Dengan sesiapa saya bergandingan, saya boleh menyesuaikan diri dan bersedia dengan cabaran baru," katanya di Nadi Arena.

Terdahulu, BAM secara rasmi memisahkan gandingan beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bagi membentuk gandingan sementara.

Wooi Yik akan digandingkan bersama Wei Chong, manakala Aaron akan bersama dengan Kai Wun.

Kedua-dua gandingan baharu itu dijangka memulakan ujian pertama mereka dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun pada 14 hingga 19 Julai ini, sebelum meneruskan cabaran dalam Terbuka Korea Selatan, Denmark dan Perancis.

"Aaron memang pemain yang bagus. Dia memiliki kualiti pukulan dan mental yang baik.

"Jika ada peluang, saya akan mempelajari dengan dia," tambahnya.

Untuk rekod, Kai Wun pernah bergandingan bersama Aaron dan mereka berjaya memenangi pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2018 bersama Melaka.

Malah, gandingan itu turut diturunkan dalam aksi akhir Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark, apabila menentang Jepun dalam saingan Kumpulan B.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video