Skip to main content

Badminton

Keluar dari zon selesa, mana tahu potensi mereka lebih memuncak

j

Pemenang pingat emas beregu wanita Sukan Komanwel 2002, Ang Li Peng, merujuk keputusan memisahkan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik adalah satu langkah tepat.

Li Peng berpendapat pembentukan gandingan bidan terjun sebagai peluang membantu pemain lebih serba boleh dan menambah variasi dalam corak permainan mereka, selain mampu membuka ruang kepada kedua-dua pemain untuk meneroka potensi sebenar bersama rakan berbeza.

Seseorang pemain tidak seharusnya terlalu selesa dengan pasangan yang sama semata-mata kerana 'pertukaran selera' mampu mendedahkan kekuatan yang mungkin belum pernah diserlahkan sebelum ini.

"Barisan kejurulatihan pastinya mempunyai jalan penyelesaian terbaik.

"Merekalah yang jumpa pemain setiap hari, mereka kenal pemain dari luar dan di dalam gelanggang.

"Saya percaya mereka pernah cuba digandingkan dalam latihan dan saya percaya inilah gandingan yang terbaik yang boleh dibentuk.

"Mungkin selepas ini mereka mampu menyerlahkan prestasi penuh, siapa tahu? Maka mereka kena keluar dari zon selesa," katanya.

Tambahnya, eksperimen berkenaan wajar diberikan masa sebelum dinilai kerana kejayaan sesebuah gandingan tidak boleh diukur hanya berdasarkan beberapa kejohanan awal.

"Kita perlu bersikap positif, mereka pasti sudah mengkaji dan mempunyai sebab atas setiap pendekatan yang cuba dilakukan," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Related Topics

Must Watch Video