Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas diberikan tentangan sengit oleh penerjun Korea Utara dalam acara 10m platform seirama wanita, Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA Kedua di Fuji di Jepun, hari ini.
Ia menyaksikan pasangan negara itu gagal mempertahankan pingat perak yang diraih dalam siri pertama di Beijing pada minggu lalu.
Mereka meraih 50.4 mata pada terjunan pertama, cukup baik untuk berada di belakang penerjun China, Zhang Jiaqi-Zhang Minjie, tetapi dicabar Kim Kuk Hyang-Kim Mi Rae untuk berkongsi kedudukan kedua.
Pandelela dan Jun Hoong kemudian tampil lebih mantap pada terjunan kedua untuk meraih 52.2 mata, meninggalkan Kuk Hyang-Mi Rae di kedudukan ketiga.
Namun, pasangan Korea Utara itu memintas pada terjunan keempat dan berjaya mempertahankan kedudukan itu untuk pingat pertamanya dalam acara itu bagi musim 2018, dengan keseluruhan 311.58 mata.
Malaysia sedikit ketinggalan dengan 310.32 mata untuk gangsa manakala China unggul mengutip 335.70 mata untuk mempertahankan emas.
Sementara itu, gandingan Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri terus gagal menyumbangkan pingat dalam acara 3m papan anjal seirama dan menamatkan saingan di kedudukan tercorot selepas sekadar mengumpul 253.14 mata.
Seperti dijangka, emas milik gandingan China, Shi Tingmao-Chang Yani, dengan 319.80 mata sementara Esther Qin-Georgia Sheehan dari Australia meraih perak.