Skip to main content

Sukan Lain

Terengganu pertimbang modul sekolah keirin di Jepun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurulatih-berbasikal-terengganu,-syed-hussein-syed-mazlan.jpg
Jepun memiliki sekitar 50 sekolah keirin dalam usaha melahirkan pelumba terhebat berbasikal trek.

Maka tidak hairanlah andai Jepun antara negara benua Asia yang terawal meraih pingat dalam Sukan Olimpik menerusi Tsutomu Sakamoto dalam pecut individu dalam temasya Barcelona 1988.

Antara faktor utama ialah kerana kewujudan sekolah keirin yang melahirkan pelumba berpotensi, lantas modul sama akan digunakan oleh Terengganu yang telah melahirkan perlumbaan berbakat seperti Datuk Azizulhasni Awang. 

Program khas mirip di Jepun itu akan diperkenalkan sebaik Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun siap dibina tahun depan. 

"Kami akan tempatkan atlet di sekitar velodrom dan bersekolah juga di situ agar dipersiapkan sebagai pengganti kepada Azizul kelak. 

"Kami juga akan terapkan motto 'pantas dan menang'. Ia akan mempercepatkan kematangan dan podium buat atlet. 

"Kami dapat berlatih di sini dan memberi fokus kepada berbasikal trek dalam Sukma (Sukan Malaysia) tahun depan. 

"Kami juga dapat menjalani latihan spesifik di sini selain menilai kelemahan dan kekuatan atlet," kata ketua jurulatih berbasikal  Terengganu, Syed Hussein Syed Mazlan, di Nadi Arena. 







 

Advertisement

Must Watch Video