Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka AS: Woods miliki peluang lebih baik di Shinnecock -- Duval

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

woods.jpg
Hayunan mantap iron oleh Tiger Woods mampu mencerahkan peluangnya dalam Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Shinnecock Hills pada hujung minggu ini, kata bekas pemain nombor satu dunia, David Duval.

Woods, yang akan turun dalam kempen kejohanan utama keduanya tahun ini, mengintai gelaran sulungnya sejak kali terakhir menghadapi Rocco Mediate dalam play-off Terbuka AS pada 2008.

Semakin pulih daripada masalah belakang dan lutut yang membelenggu kerjayanya beberapa tahun kebelakangan ini, juara 14 kali gelaran utama itu akhirnya menunjukkan tanda-tanda konsisten dalam Jelajah PGA.

Dia mengakhiri dua kejohanan tahun ini di kedudukan lima terbaik, termasuk penampilan memberangsangkan dalam Kejohanan Masters.

Woods akan turun beraksi di lapangan yang telah diperluaskan sehingga 7,445 ela itu. Begitupun, jarak permainan di sana lebih pendek berbanding mana-mana lapangan Terbuka AS yang lain. 

Justeru, Duval percaya lapangan itu boleh memberi kelebihan kepada Woods yang masih belum mendapat rentak pukulan terbaiknya, namun gembira dengan pukulan iron yang dilakukannya. 

Ditanya semasa Persidangan Golf Channel sama ada aksi Terbuka AS akan menjadi lebih sukar buat pemain terkemuka dunia itu, Duval berkata: "Pada ketika ini, dengan apa yang kita lihat menerusi kemunculan semula dan kebangkitannya baru-baru ini, saya sebenarnya menjurus kepada arah bertentangan seperti mana lazimnya kejohanan ini.

"Sama ada Terbuka AS atau tidak, mengenang kembali permainan ironnya dalam kejayaan Terbuka AS, dia tidaklah memacu bola dengan baik.

"Dia pasti memukulnya dengan penuh kelajuan dan jauh, begitupun ia tidak tepat.

"Sudah pasti permainan ironnya -- maksud saya, (prestasinya) agak turun dan naik tetapi saya rasa itulah kekuatannya. Potensi permainan ironnya yang tidak menjadi mungkin memberi peluang yang lebih baik kepadanya."



 

Advertisement

Must Watch Video