Rafael Nadal secara berseloroh mengatakan sembilan gelaran Terbuka Perancis sudah memadai untuk seorang pemain apabila bakal berdepan Stan Wawrinka untuk merebut kejuaraan ke-10 di Roland Garros, esok.
Nadal berjaya mengatasi Dominic Thiem secara straight set 6-3, 6-4, 6-0 di atas Gelanggang Philippe Chatrier, semalam, untuk semakin hampir muncul sebagai pemain pertama yang memenangi gelaran Grand Slam yang sama dalam era moden ini.
Digelar raja tanah liat, Nadal tetap berpuas hati dengan pencapaiannya di Paris setakat ini.
"Saya fikir saya tidak banyak melakar sejarah. Ia sudah memadai. Sembilan gelaran adalah terlebih bagus," katanya.
"Ini bukan masa untuk memikirkannya. Buat masa ini, saya perlu berasa gembira.
"Saya mempamerkan persembahan memberangsangkan dalam kejohanan ini, saya bermain baik dalam semua perlawanan. Tidak terkecuali hari ini.
"Saya memulakan pertarungan dengan agak gugup tetapi kemudian beraksi baik."
Ditanya sama ada mahkota Roland Garros itu akan menjadi pencapaian terbaiknya, tambah Nadal: "Saya tidak tahu. Sembilan atau 10 hanyalah lebih 10 peratus.
"Nombor 10 adalah nombor yang cantik, namun sebenarnya saya menggemari nombor sembilan. Tetapi sudah tentu, kalau ia menjadi yang ke-10, jadi ia akan menjadi nombor pilihan saya.
"Saat paling membanggakan dalam karier saya adalah pada 2013. Tahun itu sangat menakjubkan kerana saya berdepan banyak masalah dengan lutut saya, saya langsung tidak dapat berlatih.
"Saya menamatkan tahun itu sebagai pemain nombor satu, menang di sini dan Terbuka Amerika Syarikat.
"Jadi, itulah perkara paling saya banggakan.
"Sembilan gelaran di sini begitu sukar. Saya selalu mengatakan perkara yang sama -- kalau saya melakukan, orang lain pasti akan cuba mengatasinya kerana saya tidak menganggap diri sendiri istimewa.
"Anda perlukan tuah, anda perlu bermain dengan baik, anda perlu sihat dalam tempoh dua minggu. Maka, ia menuntut banyak perkara.
"Saya bukan orang yang sesuai untuk mengatakannya, namun beraksi dalam 10 perlawanan akhir di sini adalah sesuatu yang sukar."
Sementara itu, Wawrinka bangkit untuk menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Andy Murray menerusi pertarungan lima set, 6-7 (6-8), 6-3, 5-7, 7-6 (7-3), 6-1.