Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III: Kuan Jyn Yunn elak kecederaan berulang, fokus pada Sukma

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuan.png
Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III: Tidak  

Atlet lompat tinggi negara, Kuan Jyn Yunn, tidak mahu memaksa diri lantaran kecederaan buku lali kanannya masih belum pulih sepenuhnya.

Saranan jurulatihnya yang merupakan bekas atlet kebangsaan, Lee Hup Wei, terarah kepada tidak menggunakan teknik '8 steps full run up’ sebaliknya memilih teknik ‘5 steps short run up’ bagi mengelak sebarang kecederaan berulang

Catatan terbaik atlet kelahiran perak ini ialah 2.13 meter namun teknik kurang tepat di Terbuka Perak, dimana dia sekadar mencatat 1.85 meter di lompatan pertama sebelum kecederaannya menafikan percubaan seterusnya.

Jyun Yunn dijangka kembali beraksi pada Sabtu dengan mengharapkan kecederaan yang di alami tidak berulang dan mengganggu kelancaran saingan di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

"Kali ini saya tidak meletakkan sasaran kerana masih mengalami kecederaan dan saya mahu memberikan fokus pada SUKMA.

"Kali ini saya pakai 5 Step sahaja, jika tidak sakit maka saya akan lakukan lompatan tetapi jika sebaliknya saya akan berhenti.

"Saya tetap akan buat yang terbaik walaupun mengalami kecederaan. Jika saya boleh bertahan saya cuba lakukan yang terbaik." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video