Perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, akan terus mengibarkan dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Artik selepas menjinakkan jaguh Perancis, Christo Popov, dengan straight set di Energia Areena sebentar tadi.
Pemain di ranking 56 dunia itu mempamerkan prestasi memberangsangkan ketika menjinakkan pilihan kedua kejohanan itu 21-11, 21-16 dalam tempoh 38 minit, sekali gus mencatat kejayaan hatriknya selepas menumbangkan Popov pada kali terakhir pada 2024.
