Skip to main content

Permotoran

F1 tidak berhasrat tangguh GP Singapura meskipun makin membimbangkan

F1 tidak berhasrat tangguh GP Singapura meskipun makin membimbangkan
Advertisement

Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Singapura dijangka berlangsung mengikut jadual hujung minggu ini meskipun jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan di Indonesia terus menjejaskan kualiti udara di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Formula One Management (FOM), Stefano Domenicali, berkata pihaknya sedang memantau keadaan menerusi jabatan kesihatan dan keselamatan, namun menjangkakan acara berkenaan tetap berlangsung dengan jayanya.

Advertisement

“Tiada petunjuk bahawa perkara ini akan menjadi masalah sepanjang hujung minggu ini,” katanya dalam temu bual bersama Bloomberg Television hari ini.

GP Singapura, yang menjadi antara acara sukan permotoran paling berprestij di negara itu, dijangka menarik sekurang-kurangnya 300,000 pengunjung dengan pelbagai persembahan hiburan turut dijadualkan berlangsung, termasuk penampilan Lana Del Rey dan Mark Ronson.

Advertisement

Penganjur, Singapore GP Pte Ltd, turut mengesahkan bahawa setakat ini tiada rancangan untuk mengubah jadual aktiviti hiburan yang kebanyakannya berlangsung di kawasan terbuka.

Pengarah Eksekutifnya, Adam Firth, berkata pihak penganjur akan terus memantau keadaan cuaca, termasuk perkembangan jerebu, sebagai sebahagian daripada prosedur perancangan dan operasi acara.

Bagaimanapun, keadaan kualiti udara kekal menjadi perhatian apabila Singapura dilaporkan mengalami pencemaran udara yang serius susulan kebakaran hutan di Indonesia.

Platform pemantauan kualiti udara IQAir meletakkan bacaan kualiti udara di Singapura dan Kuala Lumpur dalam kategori “sangat tidak sihat” pada tengah hari Jumaat, ketika keadaan jerebu semakin ketara dan menyelubungi latar langit Singapura.

Indonesia kini berdepan musim kebakaran yang antara paling buruk dalam beberapa tahun, dengan fenomena El Niño memburukkan keadaan kemarau sekali gus meningkatkan risiko kebakaran di beberapa kawasan kepulauan itu.

Situasi berkenaan mencetuskan kebimbangan terhadap kesan jerebu kepada kesihatan orang ramai, khususnya ketika ribuan peminat dijangka memenuhi kawasan litar jalan raya Marina Bay serta lokasi hiburan sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Walaupun F1 dan penganjur menjangkakan acara diteruskan seperti biasa, perkembangan kualiti udara akan terus menjadi faktor penting yang perlu dipantau sepanjang berlangsungnya GP Singapura.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video