Lee Zii Jia terus cemerlang pastikan slot ke separuh akhir Badminton Terbuka Artik 2026 sebaik menyingkirkan pilihan kedua saingan, Cristo Popov dalam aksi straight set, 21-11, 21-16.
Pemain di ranking ke -56 dunia, Zii Jia hanya perlukan 38 minit untuk pastikan kemaraannya ke separuh akhir pada Sabtu selepas Popov dicanang sebagai cabaran sebenar yang menantinya di bumi Vantaa, Finland itu.
Dari set pertama lagi, Zii Jia sudahpun menyerlahkan penguasaannya. Dia sentiasa memimpin permainan sebelum menutup set pertama dengan kemenangan.
Popov gagal menjelmakan kebangkitan di set kedua sekaligus membenarkan Zii Jia terus memimpin permainan sebelum pastikan slot separuh akhir untuk bertemu sama ada wakil Denmark, Anders Antonsen ataupun wakil tembok besar, China, Hu Zhe An pada Sabtu.
Terdahulu pada Khamis, Zii Jia pastikan dia menunjukkan jalan keluar kepada wakil Taiwan, Su Li Yang dalam aksi yang memakan masa 46 minit untuk raih kemenangan straight set, 21-17, 21-12.