'Sang juara dalam pembikinan!' itu gambaran tepat untuk atlet lontar peluru negara, Jonah Chang yang baru menginjak usia 21 tahun.
Beraksi dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III, atlet kelahiran Sarawak itu cemerlang dengan tiga kali memecahkan rekod kebangsaan, termasuk melepasi catatan terbaik Sukan SEA yang dipegang atlet Filipina, William Morrisson pada 2018.
Jonah secara tidak rasmi melepasi kelayakan slot Sukan SEA Thailand tahun hadapan.
Selepas kecewa di Filipina tempohari, Jonah hadir ke Terbuka Pahang dengan misi melepas geram.
Ia jadi nyata dengan lontaran pertama Jonah sudah menggegarkan Stadium Darul Makmur menerusi catatan 17.69 meter sebelum lontaran kedua dicatat sebagai rekod kebangsaan baru dengan 18.09 meter.
Itu tidak cukup, lontaran keenam, Jonah mencipta sensasi dengan mengatasi rekod terbaik Sukan SEA yang dicatat pada 2018.
Dengan catatan itu, Jonah dalam jangkaan sudah melepasi slot kelayakan Sukan SEA secara tidak rasmi.