Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III: Azreen Nabila tergelincir di dalam tandas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

100m.jpg
Pelari pecut wanita, Azreen Nabila, berdepan kesuntukan masa untuk pulih menjelang Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III -- bermula Sabtu ini -- berikutan tergelincir di dalam tandas.

Keadaan tersebut telah menyebabkan Azreen mengalami kecederaan buku lali kiri dan dijangka memberi impak terhadap rentak lariannya dalam acara 100m yang akan disertainya.

Bagaimanapun, proses pemulihannya semakin menunjukkan tanda positif setelah berada di tahap 90 peratus.

Azreen sedar bersandarkan prestasi semasa, dia akan menghadapi kesukaran dalam kemunculan pertamanya kali ini memandangkan catatannya pada ketika ini berada di belakang dua pelari pilihan, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Nur Afrina Batrisyia. 

"Saya mengalami sedikit kecederaan disebabkan insiden ini tapi Alhamdulillah saya sedang pulih sebanyak 90 peratus menjelang kemuculan pertama saya dalam siri kali ini.

"Saya cuba buat yang terbaik untuk bersaing bersama pelari yang lain," katanya.
   

Advertisement

Must Watch Video