Juara bertahan Kejohanan Tenis Terbuka Miami, John Isner, mengatasi saingan sengit daripada pemain muda Kanada, Felix Auger-Aliassime, untuk melakar kemenangan 7-6, 7-6 dalam aksi separuh akhir di Miami Gardens, Florida, hari ini.
Auger-Aliassime, 18, merupakan pemain yang mencuri tumpuan selepas layak ke suku akhir tanpa melepaskan sebarang set sejak pusingan kedua.
Bagaimanapun, impiannya untuk ke final nyata terlalu sukar untuk dicapai apabila Isner -- yang belum melepaskan sebarang set sepanjang kejohanan -- mengatasi cabaran sengit itu untuk bedepan Roger Federer dalam penentuan kejuaraan esok.
Auger-Aliassime di depan selepas mematahkan servis Isner untuk mendahului 4-3, namun Isner bangkit untuk memenangi tiga game berikutnya bagi mengeheret set tersebut ke penentuan 'tie-break'.
Isner melepaskan dua mata servis pertama dalam penentuan itu, namun Auger-Aliassime turut melakukan kesilapan sama yang kemudian dimanfaatkan juara bertahan itu untuk meraih kemenangan.
Isner sekali lagi ketinggalan dalam set kedua, namun bangkit selepas Auger-Aliassime gagal memanfaatkan mata-mata pendahuluan yang diperoleh.
Dalam penentuan kali ini, Isner memenangi mata pertama ketika servis di tangan lawannya yang sudah cukup untuk membantu dia mengesahkan kemenangan dan kekal dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia.
Kemenangan dalam aksi final pula akan melonjakkan Isner ke tangga kelapan kedudukan ranking.