Simona Halep semakin hampir untuk merampas kembali gelaran pemain nombor satu dunia selepas menewaskan Wang Qiang untuk ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS), hari ini.
Halep memadam defisit 1-5 dan menyelamatkan tiga mata akhir dalam set kedua untuk bintang Romania itu meraih kemenangan 6-4, 7-5.
Halep diletakkan selaku pilihan kedua dalam Kejohanan Perdana Mandatori WTA itu selepas diatasi Naomi Osaka, yang melonjak ke kedudukan utama dengan menjuarai Terbuka Australia, Januari lalu.
Bagaimanapun, dia hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk kembali merampas kedudukan itu selepas menewaskan pemain pilihan ke-18, Qiang, dalam tempoh sejam 37 minit.
"Saya baru diberitahu jurulatih yang saya hanya memerlukan satu lagi perlawanan untuk kembali menjadi pemain nombor satu dunia," katanya selepas tamat perlawanan.
"Saya kerap memikirkannya sebelum ini dan saya gembira untuk berada di tahap ini sekali lagi.
"Ia memberikan saya keyakinan.
"Selepas dua bulan tidak beraksi, saya tidak sangka akan menghampirinya secepat ini.
"Ia pasti menjadi cabaran yang besar, namun saya suka beraksi dalam tekanan.
"Saya berharap dapat memberikan aksi terbaik saya esok," katanya.
Menanti Halep dalam separuh akhir adalah pemain pilihan kelima, Karolina Pliskova, yang menewaskan rakan senegaranya, Marketa Vondrousova.
Pliskova jelas tidak dapat ditandingi pemain berusia 19 tahun itu sebelum melakar kemenangan 6-3, 6-4 bagi melangkah ke separuh akhir ketiganya sepanjang musim ini.