Skip to main content

Advertisement

Tenis

Terbuka Miami: Federer singkir Anderson

rogerfederer.jpg
Roger Federer sekali lagi memaparkan aksi hampir sempurna untuk menyingkirkan Kevin Anderson dalam suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Juara tiga edisi dari Switzerland itu mengekalkan rentak cemerlangnya untuk menjinakkan Anderson 6-0, 6-4 dalam masa 85 minit untuk ke separuh akhir. 

Federer, yang memenangi lima daripada enam pertemuan terdahulu dengan Anderson, mengawal penuh perlawanan dengan pemain pilihan keenam dari Afrika Selatan itu.

Juara dunia 20 kali itu, yang mencatatkan 13 kemenangan dan 12 "unforced error', akan bertemu Denis Shapovalov dalam separuh akhir selepas pemain Kanada itu menyingkirkan Frances Tiafoe.

Prestasi luar biasanya dapat disaksikan ketika permulaan game kelima di mana dia melakukan voli refleks sebelum melakukan pukulan kilas yang tepat ke garisan gelanggang.

Set tersebut tamat dalam tempoh 27 minit menerusi satu lagi pukulan kilas yang memberikan kemenangan buat Federer.

Federer memperoleh satu lagi mata dalam game pembukaan set kedua selepas Anderson melakukan pukulan balas yang tersasar jauh dalam aksi yang berlangsung panjang itu.

Anderson akhirnya berjaya memperoleh mata dalam game kesembilan perlawanan sebelum melakukan pukulan kilas menyilang untuk mengikat kedudukan 3-3.

Bagaimanapun, kebangkitan yang cuba dilakukannya itu sekadar berakhir separuh jalan apabila Federer meraih mata break keenamnya dalam game kesembilan yang berlangsung selama 14 minit sebelum memutlakkan kemenangan.

Advertisement

Must Watch Video