Skip to main content

Advertisement

Tenis

Terbuka Miami: Federer mudah ke suku akhir

federer.jpg
Roger Federer mudah melangkah ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS), dengan melakar kemenangan straight-set ke atas Daniil Medvedev, hari ini.

Federer memburu kejuaraan yang dimenanginya buat kali ketiga pada 2007 itu selepas tersingkir dalam pusingan kedua tahun lalu.

Dia kini hanya tinggal tiga langkah lagi untuk merealisasikan impian itu selepas meraih kemenangan mudah di ke atas Medvedev di Miami Gardens.

Medvedev tidak pernah menewaskan juara grand slam 20 kali itu sepanjang dua pertemuan lalu dan dia gagal bersaing dalam set kedua untuk terus dikecewakan bintang Switzerland itu.

Selaku pilihan keempat kejohanan, Federer hanya memerlukan tempoh lebih kurang sejam untuk menyertai kelompok lapan pemain terbaik dan bakal mencongak perhitungan dengan Kevin Anderson.

Jaguh dunia itu melakar kemenangan 6-4, 6-2 untuk meneruskan pemburuan kejuaraan Kejohanan ATP yang ke-101 buat dirinya.

Federer perlu menunggu sehingga game kesembilan untuk menewaskan Medvedev dan dia kelihatan amat selesa untuk melakukan servis dalam set pertama.

Medvedev turut menghasilkan tentangan menerusi tiga  mata break, namun dia terlepas kesemua mata itu dan pukulan kilasnya yang sekadar tersangkut di jaring melengkapkan 15 'unforced error' yang dilakukannya dalam set tersebut bagi memberikan kemenangan buat Federer.

Federer memperkemaskan aksi dalam set kedua dan meneruskan penguasaannya menerusi kutipan mata pertama.

Kelemahan Medvedev melakukan servis mengundang padah apabila dia melakukan 'double-fault' yang membenarkan Federer untuk mendahului 5-2.

Dan satu lagi kesilapan daripada Medvedev melengkapkan kemenangan buat Federer apabila pemain berusia 23 tahun itu membalas pukulan yang terkeluar dari gelanggang pada mata akhir. 

Advertisement

Must Watch Video