WTA
Terbuka Miami: Barty mudah atasi Kontaveit untuk ke final
Ashleigh Barty melangkah ke final terbesar sepanjang kariernya selepas menewaskan Anett Kontaveit dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS), hari ini.
Pemain Autralia itu, yang melonjak ke kelompok 10 terbaik ranking dunia, mudah melakar kemenangan 6-3, 6-3 bagi menidakkan Kontaveit untuk ke final.
Barty telah memenangi tiga kejuaraan Kejohanan Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA), namun penentuan di Miami -- sama ada dengan Simona Halep atau Karolina Pliskova -- akan menjadi yang pertama buatnya dalam Kejohanan Perdana Mandatori WTA.
Iklan
Dia memanfaatkan aksi tidak kemas Kontaveit, yang melakukan 33 'unforced error', untuk memenangi aksi dalam tempoh sejam 17 minit itu.
Hujan memaksa perlawanan ditangguhkan buat seketika, namun ia berjalan lancar selepas kedudukan terikat 2-2 dalam set pertama.
Kesilapan servis berganda serta pukulan terus yang terkena jaring daripada Kontaveit memberikan Barty kelebihan untuk mendahului 4-3 sebelum pemain pilihan ke-12 itu melakar kemenangan 6-3 dalam set tersebut.
Kontaveit, yang juga pemain pilihan ke-21 kejohanan, melengkapkan 17 'unforced error' sepanjang set pertama.
Perlawanan seakan-akan berlarutan ke aksi penentuan selepas Kontaveit mendahului 2-1 dalam set kedua.
Bagaimanapun, pemain kelahiran Estonia itu terlalu terburu-buru sehingga melepaskan kelebihan tersebut.
Barty memenangi lima game berturut-turut selepas ketinggalan 1-3 sebelum melengkapkan kemenangan menerusi ace gemilang dalam game terakhir.
Must-Watch Video