Ashleigh Barty meraih kejayaan terbesarnya dalam karier perseorangan selepas menewaskan Karolina Pliskova dalam aksi 'straight set' untuk menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Miami di Florida, Amrika Syarikat (AS), awal pagi tadi.
Pemain pilihan ke-12 itu, yang melonjak ke kelompok 10 pemain terbaik dunia, meraih kejuaraan keempat Kejohanan Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) dengan kemenangan 7-6, 6-3.
Sebagai rekod, Barty juga pernah meraih kejuaraan dalam acara beregu Terbuka AS tahun lalu.
Barty menyingkirkan Kiki Bertens, Petra Kvitova dan Anett Kontaveit sepanjang laluannya ke final dan dia memaparkan penguasaan ke atas Pliskova untuk memenangi penentuan 'tie-break' dalam set pertama.
Pemain kelahiran Australia itu melakukan pukulan servis kencang dan hanya melepaskan dua mata ketika servis di tangannya dalam set kedua untuk bergelar juara.
Tekanan dalam aksi Mandatori Perdana WTA pertamanya jelas dirasai Barty pada awal perlawanan dan dia ketinggalan dua mata awal sebelum bangkit mengikat kedudukan 3-3.
Bagaimanapun, Pliskova melepaskan tiga mata berturut-turut dalam penentuan tie-break ekoran kesilapan sendiri untuk akur melepaskan set tersebut kepada Barty.
Julangan trofi semakin bermain-main di fikiran Barty apabila dia mendahului dalam set kedua dan memenangi game kelima selepas Pliskova melakukan pukulan balas yang terkeluar.
Pliskova jelas tidak mampu untuk mengangkat servis kencang daripada Barty untuk wakil Australia itu menamatkan perhitungan dengan memenangi 86 peratus daripada servis pertamanya menerusi 15 ace.