Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Malaysia: Ketiadaan Eric Clay cerahkan peluang Khairul raih emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

26916hafizjantan.jpg
Peluang keemasan hadir untuk pelari sensasi negara, Khairul Hafiz Jantan, dan Badrul Hisyam Abdul Manap, mendominasi Terbuka Malaysia bermula Jumaat ini apabila Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengesahkan raja pecut Sukan Sea Singapura 2015, Eric Clay, tidak mengambil bahagian.

Khairul akan turun dengan misi memecah rekod kebangsaan 200m, 20.92 saat, milik Tan Sri Dr M Jegathesan yang dilakukan 48 tahun lalu di Sukan Olimpik Mexico pada 1968.

Dia dijangka menerima tentangan sengit 'Usain Bolt Malaysia', G. Aravin Thevar, yang memiliki catatan peribadi terbaik, 21.07 saat.  

Pelari kelahiran Melaka itu, bagaimanapun, tidak akan beraksi dalam acara 100m selepas memecah rekod kebangsaan, 10.18 saat, dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak, Julai lalu.

Situasi itu memberi peluang untuk rakan sepelatih, Badrul Hisyam, yang memiliki catatan peribadi terbaik, 10.34 saat, untuk muncul juara.

"Dia patut memiliki kejohanan ini, kejohanan sukar dengan penyertaan atlet asing. Apa yang paling penting adalah cuaca. Cuaca turut memainkan peranan penting.

"Saya rasa dua atlet ini mensasarkan untuk memecah rekod, mereka bermotivasi tinggi untuk melakukan sesuatu. Itu sebabnya kita mengadakan acara 200m pada sebelah petang, terutama untuk atlet ini memecah rekod," kata Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim.

Gelaran raja pecut Terbuka Malaysia tahun lalu menjadi milik Mohd Izzuddin Yahya, yang akan turun mempertahankan emas 100 dan 200m.

Advertisement

Must Watch Video