Skip to main content

Tenis

Terbuka Houston: Opelka, Isner bertemu di final

reillyopelka_fb7mmn8gzxj214pxovgr9cuss.jpg
Reilly Opelka dan John Isner akan bertemu dalam perlawanan akhir Kejohanan Gelanggang Tanah Liat Lelaki AS di Houston, selepas mereka meraih kemenangan separuh akhir semalam.

Opelka mengekalkan prestasi terbaiknya pada awal musim dengan kemenangan hebat 6-3 7-5 ke atas Nick Kyrgios pada separuh akhir pertama, menyelesaikan tugas itu dalam masa satu jam sembilan minit.

Opelka melakukan 18 ace berbanding 11 yang dilakukan Kyrgios dan hanya berdepan satu breakpoint sepanjang perlawanan.

Opelka yang berusia 24 tahun memenangi gelaran di Dallas Februari lalu dan diikuti dengan rekod cemerlang apabila mara ke final Delray Beach, dengan perlawanan trofi ketiga musim kini menantinya.
 

Dia akan menentang juara Houston 2013, Isner, yang bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan juara bertahan, Cristian Garin 4-6, 6-3, 6-4.

Servis pemain berusia 36 tahun itu bertambah baik ketika perlawanan berlangsung dan akhirnya melonjakkannya kepada kemenangan

Isner juga melakukan 17 ace dalam perjalanannya ke final, dan memenangi 80 peratus mata pada servis pertamanya.
   

Advertisement

Must Watch Video