Naib juara Terbuka Perancis, Dominic Thiem, mengalami kekalahan dalam pusingan pembukaan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas tunduk 6-4, 3-6, 6-3, 6-2 di tangan Thomas Fabbiano di Flushing Meadows, awal pagi tadi.
Selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas dalam pusingan pertama Kejohanan Wimbledon, pemain nombor 87 dunia, Fabbiano, mengulangi skrip menewaskan pilihan kejohanan di peringkat awal dalam saingan grand slam terakhir tahun ini.
Thiem, yang turut tewas dalam pusingan pertama Wimbledon tetapi bangkit untuk memenangi kejohanan di laman sendiri di Kitzbuhel, tidak diberikan sebarang ruang untuk mengorak langkah oleh pemain dari Itali itu yang meraih kemenangan lima terbaik buat kali pertama.
Fabbiano kini meraih 12 kemenangan lebih rendah berbanding pemain nombor empat dunia itu tetapi pukulan kilas daripada Thiem yang sering terkandas memberikan kelebihan kepadanya tatkala pemain berusia 25 tahun itu melakukan 48 kesilapan secara keseluruhan.
Kekalahan itu bermakna saingan grand slam buat Thiem musim ini berakhir dengan kekecewaan selepas meraih laluan cemerlang di Rolland Garros biarpun pakar gelanggang tanah liat itu boleh berbangga dengan tiga kejuaraan ATP dalam tahun ini serta menyamai pencapaian terbaik dalam karier.
Buat Fabbiano, dia bakal berdepan Alexander Bublik dalam pusingan kedua selepas wakil Kazakhstan itu menewaskan Santiago Giraldo.