Skip to main content

Komanwel

Rasmi Glasgow 2026: Malaysia sah capai sasaran pingat emas!

Latif

Kemenangan jaguh lompat jauh negara, Datuk Abdul Latif Romly, dalam acara lompat jauh T20 awal pagi tadi menyaksikan kem Malaysia berjaya menepati sasaran lima pingat emas dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026. 

Lompatan sejauh 7.17 meter (m) meletakkan Olimpian itu dalam kelas tersendiri menewaskan lawan di Stadium Scotstoun. 

Sebagai rekod, kejuaraan Latif merupakan yang pertama dalam sejarah memandangkan ia adalah acara yang dipertandingkan buat kali pertama dalam temasya itu.

Rakan sepasukan, Eljoe Gotuoh, tidak melepaskan peluang untuk menduduki podium bagi mengharumkan nama negara. 

Sebelum ini, empat lagi emas hadir daripada kem angkat berat negara yang cemerlang menerusi Hafizuddin Roslin, Aniq Kasdan, Aznil Bidin, dan Erry Hidayat. 

Sementara itu, wakil angkat berat wanita negara, Irene Jane Henry, turut membawa pulang pingat gangsa dalam penampilan sulungnya dalam kategori 48kg dengan angkatan keseluruhan 167kg.

Terdahulu, juara dunia, Bonnie Bunyau Gustin, gagal mempertahankan emas, namun tetap membutirkan pingat gangsa untuk Malaysia.

Tidak dilupakan, bekas pemain boling padang nombor satu dunia, Izzat Shameer Dzulkeple, turut melakar sensasi apabila meraih pingat perak menjadi pemain Malaysia pertama memenangi pingat dalam sukan tersebut dalam acara perseorangan lelaki. 

Malah, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman bersama gandingannya, Aleena Ahmad Nawawi, juga menghadiahkan pingat perak dalam acara pairs wanita di Scottish Event Campus (SEC) semalam. 


 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video