Martina Navratilova berasakan Naomi Osaka mempunyai "aura juara" apabila bersedia untuk menafikan Petra Kvitova 'yang sukar dipercayai' menjelang perlawanan akhir Grand Slam Terbuka Australia yang luar biasa, hari ini.
Osaka, yang muncul sebagai wanita pertama dalam Era Terbuka untuk memenangi gelaran Grand Slam pertamanya dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS), melangkah ke final Terbuka Australia dalam tahun berikutnya selepas menundukkan Karolina Pliskova dalam separuh akhir.
Kvitova mengetepikan cabaran Danielle Collins untuk mencapai aksi final kejohanan utama buat julung kalinya selepas kerjayanya terancam berikutan tangannya cedera terkena pisau selepas diserang oleh penceroboh yang memasuki apartmennya, lebih dua tahun lalu.
Juara dalam aksi penentuan di Arena Rod Laver itu (4.30 petang ini waktu Malaysia) akan meletakkannya sebagai pemain nombor satu dunia buat kali pertama dan pemain legenda, Navratilova, percaya bintang sensasi Jepun, Osaka, akan menyerlah.
Navratilova, melalui ruangan kolumnis WTA, berkata: "Petra Kvitova akan menjadi pilihan dalam final Terbuka Australia.
"Bagi Kvitova, bermain dengan baik selepas apa yang terjadi ke atasnya apabila bangkit daripada kecederaan fizikal dan trauma emosional, ia sukar dipercayai.
"Tetapi dia akan berdepan laluan berliku untuk mengalahkan Naomi Osaka yang telah menampilkan aksi terbaik dalam kerjayanya sambil meningkatkan permainannya setiap hari."
Tambah Navratilova: "Sepanjang dua perlawanan terakhirnya di Melbourne, iaitu menentang Elina Svitolina di peringkat suku akhir dan kemudian Karolina Pliskova dalam separuh akhir, Osaka telah melihat peluang untuk muncul juara -- dia telah mengendalikan tekanan dengan baik.
"Di dalam fikiran saya, prestasinya terhadap Pliskova untuk kemenangan ke-56 dalam kariernya adalah aksi lebih baik berbanding ketika dia mengalahkan Serena Williams dalam final Terbuka AS tahun lalu untuk menjulang kejuaraan Grand Slam pertamanya. Itu membuktikan betapa bagus permainannya dan mencapai prestasi terbaik pada saat getir.
"Apapun yang berlaku di Arena Rod Laver, ia akan menjadi juara yang popular kerana terdapat jalan cerita yang luar biasa mengenai kedua-dua pemain ini."