ATP
Terbuka Amerika Syarikat: Sinner tunggu Fritz atau Tiafoe di final!
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner hanya selangkah sahaja lagi untuk merangkul gelaran juara di Terbuka Amerika Syarikat selepas melepasi halangan di peringkat separuh akhir dalam aksi menentang Jack Draper malam tadi.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama tiga jam itu Sinner mempamerkan aksi pukulan mantap dan bertenaga dengan mencatatkan sebelas ace sebelum menang dengan 7-5 7-6 (7-3) 6-2.
Bagaimanapun kemenangan tersebut turut dibantu oleh faktor kesihatan yang kurang memuaskan Draper sehingga mengganggu rentak permainan pemain dari Great Britain itu.
Iklan
Draper seakan bergelut dengan prestasi terbaiknya di separuh akhir yang menyaksikan dia merekodkan 10 Double Fault sepanjang permainan.
Sinner akan menanti pemenang dalam satu lagi aksi separuh yang bakal membabitkan pertemuan antara Taylor Fritz dan Frances Tiafoe.
Pemain berasal dari Itali itu kini dalam misi untuk memburu gelaran major keduanya tahun ini
Must-Watch Video