Hadiah wang tunai lumayan menaikkan lagi seri Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur (KL) yang bakal membuka tirai lima hari lagi.
Pusat Tenis Negara di Jalan Tuanku Abdul Halim menjadi medan kejohanan tenis terbesar di negara ini menerusi penyertaan pemain ternama dari dalam dan luar negara, dalam kategori terbuka lelaki dan wanita -- baik acara perseorangan dan beregu.
Di samping itu, kategori Masters lelaki melebihi 35 tahun dan veteran lelaki melebihi 50 tahun turut diadakan.
"Sirkit yang diadakan merupakan sebahagian daripada batu loncatan untuk persembahan mantap bagi menghadapi Sukan SEA.
"Perseorangan lelaki merupakan pilihan kejohanan. Koay Haosheng dan Naufal (Siddiq Kamaruzzaman) merupakan pilihan," kata Pengerusi Jawatankuasa Terbuka KL, Terence Chia.
Terbuka Kuala Lumpur merupakan kejohanan pertama yang berlangsung di Pusat Tenis Negara selepas dinaik taraf hasil usaha Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).
Dalam edisi tahun lalu, Darrshan Suresh Kumar, mencuri tumpuan selepas muncul juara perseorangan dan beregu lelaki tatkala Sharifah Elsa Wan Rahman turut meraih kemenangan berganda.
"Kami mahu mengukur persembahan kami menjelang Sukan SEA.
"Kami bekerja keras untuk berikan persembahan mantap, apatah lagi kejohanan ini akan disertai pemain dari luar negara.
"Ia akan lebih sukar tetapi saya sudah bersedia menghadapi cabaran," kata Sharifah Elsa.
Tambah Koay Haosheng: "Saya masih dalam pemulihan kecederaan, saya harap dapat berikan cabaran terbaik.
"Tahun lalu saya terkandas dalam separuh akhir acara perseorangan."
Grab Cepat

Prestasi Dengan Gaya
Adidas Tennis Polo Shirt direka dengan fabrik ringan & bernafas untuk keselesaan maksimum setiap pergerakan.
Grab Cepat