Skip to main content

Sukan Lain

Tenis Terbuka KL: 'Mereka tidak tahu apa kami lalui'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tenis.jpg
Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur (KL) menyaksikan semua wakil Malaysia ke Sukan SEA Thailand berjaya layakkan diri ke final kategori perseorangan terbuka.

Bintang muda, Elsa Wan Abdul Rahman, yang mewakili Selangor berjaya menumpaskan rakan sepasukannya Lim Zan Ning, dengan keputusan straight set.

Elsa ibarat tidak memberi apa-apa ruang dalam set pertama apabila berjaya 'belasah' Zan Ning dengan keputusan 6-1, sebelum meneruskan momentum di set berikutnya dengan kemenangan 6-3.

"Sedikit sukar apabila perlu menentang rakan sepasukan sebagai lawan di final.

"Tetapi kami gembira dapat bermain perlawanan yang bagus," katanya di Nadi Weekend.

Dalam kategori lelaki pula, Naufal Siddiq yang mewakili Negeri Sembilan berjaya menumpaskan pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2023, Koay Hao Sheng, di final.

 

Kemenangan menjadi milik Naufal selepas Hao Sheng mengambil keputusan untuk tarik diri apabila mengalami kecederaan di set kedua walaupun cemerlang di set pertama. 

Ia sekali gus, menyaksikan Naufal dinobat juara edisi kali ini dan dalam masa sama, dia berharap kemenangannya dapat menyampaikan mesej kepada komuniti tenis tempatan.

"Sebenarnya yang diluahkan bukan sebab saya menang. Saya menang pun sebabkan dia tarik diri. 

"Banyak orang yang cakap negatif terhadap komuniti tenis lebih-lebih lagi pemain kebangsaan.

"Mereka tidak tahu apa yang kami lalui, sementara kami masih membutirkan keputusan baik.

"Tidak perlu kritik berlebihan," katanya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video