Skip to main content

Tenis

Tenis Piala Kremlin: Kontaveit intai trofi keempat tahun ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kontaveit.jpg
Anett Kontaveit bakal membuat perhitungan dengan Ekaterina Alexandrova dalam perlawanan akhir Piala Kremlin selepas mengekalkan prestasi cemerlangnya dengan menghadiahkan kekalahan straight set kepada Marketa Vondrousova.

Pemain pilihan kesembilan itu menyingkirkan Vondrousova di Moscow, awal pagi tadi, dengan kemenangan 6-3 6-4.

Pemain Estonia itu tewas kepada lawan yang sama dalam dua pertemuan terdahulu tetapi hanya memerlukan 1 jam 14 minit untuk mara ke final kelimanya tahun ini dengan menjadikan pukulan kilasnya sebagai senjata ampuh. 

Pemain kelahiran Tallinn berusia 25 tahun itu hanya tewas dua daripada 22 perlawanan terakhirnya sementara larian kemenangannya di gelanggang di dalam dewan kini mencecah sembilan.


 

Penghalang Kontaveit untuk meraih gelaran keempat pada tahun ini merupakan pemain harapan tuan rumah, Alexandrova, yang mara ke final WTA 500 sulungnya berikutan Maria Sakkari menarik diri selepas mengadu pening.

Alexandrova mendahului 4-1 dalam set awal ketika pilihan keempat dari Greece itu memutuskan dia tidak dapat meneruskan aksinya.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video