Skip to main content

Tenis

Tenis negara ketinggalan jauh, kata ketua jurulatih

suresh-menon.jpg
Sekembali ke pangkuan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), ketua jurulatih skuad tenis negara, Suresh Menon, tidak berselindung di sebalik realiti bahawa Malaysia ketinggalan di belakang seteru Asia Tenggara yang lain.

Kali terakhir Suresh mengemudi skuad kebangsaan adalah pada 1995 sebelum mengembangkan pengalamannya bersama Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF).

Dengan mengikat kontrak sehingga hujung April depan, peranan Suresh adalah untuk memastikan Malaysia melonjak ke kumpulan dua Piala Davis.

Tetapi, dia mengidam untuk memastikan waktu singkat bersama skuad negara kali ini dengan meninggalkan kesan lebih mendalam.

"Perjalanan tenis kita masih jauh, bahkan di rantau Asia Tenggara, kita ketinggalan jauh.  

"Saya mahu melihat pemain Malaysia setidak-tidaknya setaraf dengan Indonesia, malah Vietnam juga sedang meningkat naik.

"Kita harus menyasarkan untuk mengungguli kancah Asia Tenggara terlebih dahulu sebagai pelan jangka masa pendek," katanya. 

Suresh menegaskan selesa dengan kontrak singkat bersama LTAM untuk melihat keberkesanan programnya. 

Dalam masa yang sama, dia sempat melontarkan pandangan mengenai kecederungan untuk mengikat kontrak jangka masa panjang.

"Saya mempunyai misi dalam Piala Davis dan saya mahu menyelesaikan matlamat berkenaan.

"LTAM memberi sokongan padu dan kebebasan untuk saya merencanakan apa yang diperlukan. 

"Saya harap segalanya berjalan lancar," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video