Pemain Belgium itu pernah mengumumkan perkara sama pada 2007 sebelum melakukan penampilan semula pada 2009 dan memenangi dua gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS) berturut-turut pada 2009 dan 2010 dan seterusnya dinobatkan sebagai juara Terbuka Australia pada 2011.
Clijster sekali lagi megumumkan persaraannya selepas Terbuka AS pada 2012, di mana dia tersingkir dalam pusingan kedua sebelum sekali lagi melakukan penampilan semula pada Februari 2020 ketika usianya telah mencecah 36 tahun.
Perlawanan pertama bekas pemain nombor satu dunia itu ketika melakukan penampilan semula buat kali kedua adalah dalam Kejohanan Tenis Bebas Cukai Dubai, di mana dia tewas kepada Garbine Muguruza dan kali terakhir dia beraksi adalah ketika ditewaskan Katerina Siniakova dalam pusingan pertama Kejohanan Indian Wells pada Oktober lalu.
Clijster menggunakan platform Instagram untuk mengumumkan keputusannya dengan berkata: "Saya mahu berkongsikan dengan anda bahawa saya telah membuat keputusan untuk tidak lagi beraksi dalam kejohanan rasmi.
"Saya tidak sabar untuk melihat apa pengembaraan baru yang akan bertemu dengan takdir saya.
"Terima kasih kepada semua orang yang menyokong saya sepanjang dua tahun ini," katanya.
From the moment @ClijstersKim decided to play professional tennis, she was committed to giving it everything she had. But at this stage in her life, family is her first priority.
— wta (@WTA) April 12, 2022
Read more about her decision to step away from the sport one final time ⬇️