Bintang Golden State Warriors, Steph Curry cetus kejutan apabila secara rasmi mengakhiri kerjasama jangka panjangnya dengan jenama Under Armour selepas hampir 13 tahun bersama.
Ia menyaksikan tamatnya era yang menghasilkan beberapa siri kasut paling popular dalam sukan bola keranjang.
Kerjasama yang bermula pada 2013 itu sebelum ini dianggap antara projek paling berjaya dalam industri sneaker.
Namun, perubahan arah dalam strategi dan hala tuju perniagaan menyebabkan kedua-dua pihak memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Dalam kenyataan ringkas, Curry menyifatkan keputusan itu sebagai satu langkah untuk memberi ruang kepada jenamanya berkembang mengikut visi sendiri. Beliau menegaskan bahawa Curry Brand bukan sekadar produk, tetapi satu misi untuk memberi inspirasi kepada generasi pemain muda.
Sepanjang berada di bawah Under Armour, Curry menjadi wajah utama syarikat itu, bukan sahaja sebagai atlet kontrak tetapi sebagai ikon yang mengubah reputasi jenama tersebut. Pelancaran kasut Curry 1 hingga Curry 12 menjadikannya antara sneaker signature paling konsisten dalam liga.
Dari sudut pasaran, pemisahan ini dilihat membuka peluang besar. Curry Brand kini berada dalam posisi unik, bebas memilih rakan strategik baharu, atau mungkin berdiri sebagai jenama berdikari dalam industri kasut yang kompetitif.
Dengan musim NBA yang sedang berlangsung dan prestasi Curry masih di tahap elit, wujud spekulasi seperti Curry mungkin boleh bekerjasama dengan pemain terkenal — terutamanya Jordan Brand milik Michael Jordan atau platform Reebok yang kini dihidupkan semula dan diselia sebahagiannya oleh Shaquille O’Neal.
Namun, kelihatan Curry memperaga Nike baru-baru ini? Jadi kita tunggu dan lihat apakah langkah seterusnya bagi Curry Brand?
Grab Sekarang

Ekstra Padu Dengan Nike
Ringan, power dan bergaya - kasut basketball Nike untuk semua.
Grab Sekarang