Skuad sepak takraw wanita negara kini berdepan misi wajib menang dalam baki dua perlawanan peringkat kumpulan regu berpasukan selepas tewas 3-0 di tangan Myanmar di Palembang, hari ini.
Kekalahan kedua buat Malaysia itu diraih selepas tumbang dengan keputusan sama ketika menentang Vietnam dalam aksi pembuka tirai, semalam.
Regu pertama yang diketuai tekong, Siti Nor Suhaida Jafri, tewas dalam set pertama 9-21 dan cuba bangkit dalam set berikutnya, namun terpaksa menelan kepahitan tewas straight set dengan keputusan 15-21 dan set kedua.
Regu kedua Malaysia yang menampilkan kombinasi Rahilah Harun, Emilia Saudia dan Aqirah Mat Tahir dilihat tampil dengan aksi lebih meyakinkan tetapi turut akur dengan kehebatan lawan apabila tunduk straight set 21-17, 21-17.
Hasrat untuk mencuri satu mata daripada regu terakhir juga tidak kesampaian selepas tewas 21-18, 21-13.
"Kami fikir semangat kami perlu dinaikkan semula kerana telah tewas dalam dua perlawanan, jadi petang ini kami harus menang dalam baki dua aksi untuk layak ke pusingan seterusnya.
"Kami memang tertekan tetapi akan cuba yang terbaik. Apapun, kami kalah dan menang sebagai satu pasukan," kata Nor Suhaida.