Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Rahsia! Saya masih fikirkan... -- Jurulatih Malaysia

Ishihara
Advertisement

Katanya dengan nada gurauan.

Ketua jurulatih skuad bola sepak remaja wanita bawah 17 tahun (B-17) negara, Takayoshi Ishihara, enggan memberi bayangan kesebelasan utama menjelang pertemuan penting menentang India dalam perlawanan terakhir Kumpuan E, Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang Ahad ini.

Advertisement

Pengendali kelahiran Jepun itu melakukan beberapa pertukaran berbanding aksi bertemu Syria (1-0) dengan berdepan Iraq, malam tadi sekali gus menyaksikan anak buahnya memperoleh kemenangan kedua 4-0.

Sedar dengan tugasan misi wajib menang, Takayoshi Ishihara masih belum memutuskan siapakan yang akan menerajui kesebelasan utama bagi merealisasikan impian ke China 2027.

Advertisement

"Ia adalah rahsia besar.

"Saya hanya bergurau.

"Sudah tentu, saya perlu memikirkan terlebih dahulu. Kami memiliki pemain yang bagus dan berbakat.

"Kami perlu menang. Kami wajib menang.

"Semua perlu menumpukan fokus terhadap prestasi kami.

"Kami menghormati lawan dan yakin dapat menewaskan India," jawabnya kepada penulis. 

Juara kumpulan akan layak ke Piala Asia Wanita 2027 di China bersama empat lagi pasukan yang sudah mengesahkan tempat iaitu juara bertahan, Korea Utara, Jepun, Australia dan China pada 31 Mac hingga 17 April 2027.

Kredit video: harimaumalaya

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video